INFO @ EMORRA.
KELEBIHAN AIR KOSONG.
Tahukan anda, air kosong mempunya pelbagai kelebihan. Disini kami akan
berikan beberapa senarai kelebihan air kosong untuk dikongsi bersama.
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak
mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu
mengurangkan berat badan kita.2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan
sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah
pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah
ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan
untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga
sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan
bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika
tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam
komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air
putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada
saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan
penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit,
namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air
dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta
melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
www.emorra.com
No comments :
Post a Comment